Tuesday, December 20, 2011

Pilihanraya

Dah lama tak post minta maaf sebab saya ada kejutan untuk anda


KEJUTAN!


Inilah akan terjadi bila anda suka membuang masa melakukan aktiviti tak berfaedah.

Moga terubat rindu anda semua!

Friday, November 4, 2011

Kerek


"Mat jom gi masjid, bukan jauh pon. Jalan sikit sampailah",ujar Abu kepada rakan serumahnya.

Seraya disahut Mat ."Ko tunggulah rumah ni jadi masjid... nanti baru aku pegi ", dengan nada yang memanaskan hati mana-mana manusia.

Abu yang beriman pun terus melangkah ke masjid sementara kawannya itu terus bergelumang dalam fatamorgana.


****

"Jon belikan roti 3 keping kat kedai Pak Aji alang2 ko nak keluar ni", kata Din kepada rakan sekuliahnya.

Lantas disahut Jon."Mak aku hantar aku masuk kolej suruh belajar ,bukan suruh beli roti", sambil melangkah keluar.

Din tergamam ,lalu meneruskan ulangkaji sambil menggeleng-geleng kepalanya.


****


"Rol ambikkan air sejuk dalam peti ais",pinta Jo sambil membuat muka mahu dilempang.

"Ada tangan? ada kaki? Hah pegilah sendiri", jawab Rol sambil mencekak pinggang ala-ala maknyah.

Jo yang sedang baring menyereng di atas sofa hanya mampu mengeluh panjang sambil beristighfar.

Monday, October 31, 2011

Mendengar Muzik Ke Tahap Seterusnya

Dengar lagu membosankan anda?

Bagaimana mendengar lagu sambil bermain permainan video dimana permainannya berdasarkan muzik yang anda dengar.

Teruja kali pertama saya bermain game ini sehingga sepuluh lagu saya habiskan dan sehingga ke hari ini sudah hampir 3 jam keseluhuran dihabiskan.

Memperkenalkan..



Anda akan hanyut utk beberapa ketika semasa bermain game ini terutama jika memasang lagu yg rancak.

Sedikit sedutan...



Di bawah pula saya yang main menggunakan lagu Klaypex-Lights sebagai lagu memang mengujakan.




Selamat bermain semua.

Thursday, October 27, 2011

Idola Ragbi

Thierry Dusautoir



Beliau ialah seorang graduan kejuruteraan kimia ,beliau juga hanya mula bermain ragbi pada usia 16 tahun. Tetapi pada umur 29 tahun beliau berjaya memimpin pasukan Perancis ke perlawanan akhir Piala Dunia Ragbi 2011. Walaupun tewas beliau diiktiraf sebagai IRB Player Of The Year 2011.



Jamie Roberts

Beliau baru berusia 24 tahun tetapi sudah memiliki 37 caps untuk pasukan kebangsaan Wales.Pada masa yang sama beliau juga merupakan seorang pelajar perubatan di Universiti Cardiff. 




Adakah mungkin?



Shaouqi Basori


Beliau mula bermain ragbi ketika sekolah menengah. Kemudian menyambung pelajaran mengejar cita-cita selama 6 tahun, sepanjang tempoh tersebut beliau telah melakukan latihan intensif untuk meningkatkan tahap kecergasan. Pada umur 27 tahun beliau berjaya mewakili negara ke pertandingan HSBC Asian5nation dan ketika itu pasukan Malaysia merupakan pasukan yang digeruni di rantau Asia.


Beliau juga telah memimpin pasukan Malaysia ke perlawanan bersejarah dengan Jepun untuk slot akhir ke Piala Dunia malangnya pasukan negara tewas tipis 18-20. Selepas perlawanan itu beliau menghilangkan diri.Kini, tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku kepadanya. Ada ura-ura mengatakan beliau terlalu kecewa lalu mengembara seorang diri mengelilingi dunia.

Thursday, October 13, 2011

20

Walaupun hari ni bukan hari jadi aku tapi aku nak tulis psl umur aku yg dah 20.

Perkara yg paling aku ingat ialah kata2 Dr.Ashraf Gindi, doktor yg mengajar aku Fisiologi.
Beliau menegur aku yg kurang konfiden dan malu2 setiap kali disuruh melakukan sesuatu.


"Shaouqi kamu sudah berusia 20 tahun ,kamu sepatutnya lebih berani"

Hal ini membuat aku terfikir apakah yg sepatutnya seorang lelaki berumur 20 tahun capai dlm hidupnya. Adakah aku perlu lebih matang? Adakah aku perlu berubah perangai ?.

Kalau aku imbas balik sepanjang 20 tahun lebih hidup aku ni memang sama perangai aku tak pernah nak berubah.Hakikatnya bukan itu saja, hubungan aku dengan manusia dan hubungan aku dengan Tuhan pun tak banyak berubah.

Ibadat aku makin teruk rasanya cuma meningkat masa dekat periksa saja. Nak kata menyumbang kepada Islam pon tak. Jadi apa guna hidup aku selama ni.

Ya, semuanya berpunca daripada aku sendiri tapi aku tak tahu macam mana nak mengubahnya.

Kalau dipanjangkan umur aku rasa aku akan lebih banyak melakukan dosa berbanding pahala jadi apa ertinya kalau terus hidup begitu?


Saturday, October 1, 2011

Perihal Tonga

Baru2 ini Tonga berjaya menewaskan Perancis dalam Piala Dunia Ragbi 2011


Hal ini agak mengecewakan kerana saya adalah penyokong Les Bleus.
Tamat saja perlawanan saya terus mencari perkataan Tonga di wikipedia dan mendapat satu info.

In many Polynesian languages, Tongan included, the word tonga means "south", as the archipelago is the southernmost group of islands of central Polynesia. The name is pronounced as [ˈtoŋa];.[6] The pronunciation /ˈtɒŋɡə/, popular in American English, is incorrect. The name of Tonga is cognate to the Hawaiian region of Kona.
 Jadi Tonga disebut to-nga bukan tong-ga .

kepada fan2 setia terutama Amer Aqhari harap kalian mendapat manfaat jumpa lagi di edisi akan datang.

Saturday, July 16, 2011

Pengajaran Berharga #1

 Seperti hari-hari biasa pukul 2 petang Shoq akan bersiap sedia untuk ke sekolah agama. Tetapi niatnya untuk ke sekolah agama tidak pernah tepat ,dia hanya berfikir untuk bermain bersama rakan-rakannya sahaja.

 Sungguhpun begitu, dia tetap berasa malas untuk ke sekolah pada hari itu. Lalu dia mendapat idea untuk menyorok agar makciknya yang sering menghantarnya ke sekolah tidak menemuinya lantas rancangan jahatnya dapat dicapai.

  Setelah siap memakai uniform beserta sampin serta songkok , dia menemui tempat menyorok yang paling selamat pada pemikirannya di waktu itu iaitu di bawah meja. Kira-kira 10 minit kemudian , makciknya mula mencari-carinya. "Shouqi...ooo...Shaouqi...mak andak dah nak pergi ni",panggil makciknya.


  Di saat itu dia yakin misinya akan berjaya. Tetapi sesuatu yang memeranjatkan berlaku , abangnya Baroq juga sedang mencarinya. Dia berasa sangat cemas kerana abangnya itu seorang yang hebat dalam ilmu main sorok-sorok ."Dup dap dup dap",bunyi jantungnya yang berdegup semakin kencang.


  Tanpa disangka-sangka abangnya menyelak alas meja yang dijadikan penyorokannya. Luluh hatinya ,berkecai impiannya untuk ponteng sekolah. Ketika itu dia sudah pasrah dan redha untuk ke sekolah.


  Abangnya kemudian melakukan satu aksi di luar jangkaan , dia membuat gaya seseorang sedang bermain tabla sambil mengoyang-goyangkan kepalanya ke kiri dan ke kanan ala-ala lelaki Sikh yang berbadan gempal yang tersenyum lebar dalam filem Hindustan. Shoq yang masih berada di bawah meja tidak dapat menahan daripada ketawa ."Kih...kih..kih..kih..",dia ketawa sambil cuba menutup mulutnya.



  Tindakan itu meningkatkan tekanan abdomennya ditambah pula pundi kencingnya yang hampir penuh akibat terlalu lama menyorok akhirnya membawa padah. "Psssst.........", air kencingnya mengalir laju membasahi sampin dan seluarnya. Dia tidak memakai seluar dalam diwaktu itu kerana masih tidak mengetahui kepentingan berbuat demikian.


  Akhirnya, berjayalah misinya , hari itu dia hanya melepak di rumah sambil menonton kartun kegemarannya . Girang hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Pembantu rumahnya yang dipanggil Kak Ayu terpaksa mengemop lantai dan membasuh pakaiannya .





Pengajaran
1.Jangan tahan kencing sebelum menyorok
2.Jangan mudah ketawa melihat aksi-aksi lawak
3.Menonton kartun lebih penting daripada mempelajari ilmu agama

Saturday, June 4, 2011

Korea lebih berbahaya daripada Illuminati Freemason Yahudi Laknat

Di zaman globalisasi ini banyak perubahan yang berlaku akibat arus pemodenan.

Dulu masyarakat kita dipengaruhi barat tetapi kini anak2 muda kita dipengaruhi orang asia sendiri yakni Korea.
Aku juga telah menjadi salah seorang mangsa.

Aku melihat wanita2 malaysia terlalu obses tentang korea sehingga gambar profil dan nama ditukar menjadi artis korea, status tak habis2 oppa2.

Untuk mengelakkan pengaruh ini tersebar, aku mengambil langkah yg telah diambil beberapa pemuda melayu sebelum ini tetapi mereka dikecam teruk sehingga ada yang telah membunuh diri dengarnya.

Tetapi demi survival bangsa melayu aku sanggup melakukan apa sahaja dan aku harap masyarakat faham kenapa kami melakukan ini semua.SEMUANYA DEMI SURVIVAL MELAYU!!!.HIDUP MELAYU!!!!.


Hensem bukan?.Tetapi kenapa aku dihina banyak pihak ?.Mungkin kerana orang malaysia mengalami inferiority terhadap bangsanya sendiri.Apabila orang korea berpakaian seperti ini tidak mengapa tetapi apabila bangsa sendiri memakainya dikutuk2 lebih teruk daripada yahudi freemason illuminati.

Aku membuat kesimpulan orang kita memang tidak suka melihat bangsa sendiri maju dan malas, memang dasar melayu!!!.Melayu nak untung tak boleh rugi. Melayu malas. Melayu nak senang .Melayu tak boleh susah .Melayu suka kene tipu,dah 50 tahun kene tipu mmg korg suka kene tipu.

p/s:ini adalah nota terakhir seorang pembaca blog setia aku yg meluahkan perasaannya sebelum membunuh diri.Dia meminta jasa baik aku utk mengepost kata2 terakhirnya di blog aku, jadi dengan aku berat hatinya terpaksa letak juga untuk memenuhi permintaan terakhirnya.

Wednesday, April 20, 2011

Makarona Bechamel

Pertama kali mencuba masakan arab hasilnya boleh tahan dengan bantuan Khoruf.


hangus sikit tapi enak bhai

Cara2 masak makaroni:
  1.  rebus pasta ape2 jenis yg korg nak
  2. buat kuah tomato campur daging / ape yg diingini
  3. campor dan gaul kedua2nya

Cara masak kuah bechamel:
  1. beli kat kedai serbuk segera bechamel
  2. ikut arahan yg diberikan pastu alter sesedap rasa

Cara nak bakar: 
  1. tuang makaroni dlm bekas aluminium 
  2. tuang kuah bechamel kat atas smpai melitupi semua bahagian
  3. pastu tabur cheese mozarella
  4. bakar, siap, makan

untuk resepi alternatif mimi cook

Tuesday, April 12, 2011

Hijrah

Aku dah memulakan projek biggest loser aku sejak seminggu lepas

Antara perkara yg aku lakukan:
  • gula sehari maksimum 1 sudu
  • hanya menjamah nasi pada waktu malam dalam kuantiti sedikit
  • work out tanpa henti

Hasilnya amat memberangsangkan!!!, tengok gambar dibawah utk menyaksikan perubahan.



Sebelum-230kg


dalam hanya seminggu.............




BOOM!




Selepas-75kg
Mesti ramai yg berkata ini hanyalah satu gurauan bukan?
Tujuan saya bergambar di tmpt yg sama bersama orang dan pakaian yg sama ialah utk menunjukkan perbezaan antara sebelum dan selepas.

Di kesempatan ini saya mahu mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerna dgn limpah kurniaNya dapat juga saya mencapai cita2 saya utk menjadi lebih sihat.
Tidak lupa juga kepada rakan serumah Muiezz yg sering memberi saya tips2 kesihatan , kepada Khoruf yg sering memberi nasihat ttg diet dan teh hijau , akhir sekali kepada semua rakan2 yg tidak putus memberi kata2 perangsang.


Kepada sesiapa yg berminat utk mendapatkan tips2 bolehlah ajukan e-mail anda ke     shoxlemox@gmail.com
 

Wednesday, February 23, 2011

Tips2 Belajar Bersama Enche Ahmud

Menglami kesukaran untuk membezakan antara decorticate dan decerebrate?


Di sini saya ingin kongsikan cara yg amat mudah utk digunakan oleh pelajar sekalian.
Baik, mudah sahaja anda hanya perlu menyamakan perkataan decerebrate dengan celebrate
(celebrate=cerebrate).Kemudian, cuba anda melakukan posture decebrate kemudian melompat sambil menjerit yahoo! seperti gambar rajah di bawah.


Menurut beberapa pelajar yg telah mencuba berpendapat semasa peperiksaan mereka hanya dapat mengingati decerebrate shj kerana terlalu kerap melakukan aksi diatas utk menghilangkan tekanan yg membuak-buak ketika peperiksaan semakin hampir .Selain itu , teknik ini juga telah mengecewakan seorg pelajar kerana walaupun sering mempraktikkannya tetapi beliau berasa amat sedih kerana ketika peperiksaan tiada satu pun soalan ttg decerebrate keluar.

Kesimpulannya, teknik ini tidak digalakkan utk pelajar yg tidak bersedia utk menghadapi peperiksaan kerana dikhuatiri mereka akan melakukannya berulang kali utk menghiburkan jiwa mereka yg lara.

Friday, February 18, 2011

WWF WTF?

Dulu nak tgk wrestling kt tv pukul 11mlm punyelah susah sbb dipaksa tido kerana keesokan harinya hari bersekolah. Selain itu, ia memberi kesan negatif kepada kanak2 walaupun iklan 'Dont try this at home' kerap kali diulang. Buktinya katil mak aku berkali2 patah disebabkan aku dan adik-beradik aku cuba meniru pergerakan penggusti professional. Keadaan menjadi lebih teruk kalau sedare-mare dtg kerana Royal Rumble akan berlaku.



kebodohan akibat WWF:
  • Mempercayai kaki Shawn Michaels patah dan boleh dipusing 360 darjah
  • Takut gila tengok Undertaker mcm tengok hantu .Cuba bygkan korg tgk video kat bwh ni mase kecik.


Malah adik-beradik aku yg 83% lelaki juga terpengaruh abang aku sanggup beli VCD wrestling dan pernah melakukan Tombstone terhadap sepupu aku sampai menangis.

Tetepi kini aku sudah dewasa dan telah sedar bahwa semua itu hanya lakonan. Jadi aku tengok youtube utk melihat kembali wrestler2 feveret aku dan aku terkejut kerana aku masih teruja, disaat itulah aku sedar bahawa ianya bukan tentang ke'realan' aksi tetapi lakonan merekalah yg membuatkan org minat menonton WWF.

Kesyaitonnirrajiman

Pernah tak korg kutuk org time kecik2 dlu , mesti penah kan?. Tapi korg ade x rase bersalah smpai skg. Aku byk kali mengutuk dan dikutuk. Tp ade satu peristiwa mengutuk yg aku x bole lupe smpai skg.

Bnde ni jadi mase aku bersekolah rendah. Tengok betape teruknye perasaan ni walaupun dah lame berlalu tp ntah kenape aku tak boleh lupekan.

Watak & Perwatakan:
  1. Shoq-gedebe tahi yg suka menindas rakan sekelas yg lemah
  2. Jim(bukan nama sbnr)-gedebe yg tak ada belas kasihan
  3. Idrus(bukan nama sbnr)-seorg yg aku tak tau nak terangkan tapi ade byk bnde yg aku dan jim boleh bahan
  "Wei ko tgk muke Idrus mcm org sakit mental doh",kata Jim kepada Shoq. Shoq terus melihat Idrus dan mengiyakan kata2 Jim tadi. Lalu bermulalah detik2 hitam yg bakal merubah hidup mereka buat selama-lamanya.

  Tidak lama selepas itu , Idrus mghala ke tmpt duduk Shoq dan Jim dengan nawaitu suci iaitu utk beramah mesra tetapi dia tidak sedar gedebe poyo dua ekor itu mempunyai agenda tersembunyi yg keji.

Shoq:Idrus ko ade penyakit ke?

Idrus:Mane ade.

Jim:Tapi apsal muke ko mcm org sakit mental.

Idrus diam membisu tnpa sbrg jwpn. Peluang itu digunakan dua ekor gedebe tahi sebaik mgkin utk melaksanakan agenda Zionis mereka dgn baik.

  "Macamnane ko boleh trlepas dari tanjung rambutan", kata Shoq."Tolong! ade org gila terlepas , call ambulans",Jim menambah lantas disusuli ketawa berdekah2 tnpa mghiraukan lgsg perasaan Idrus yg berdiri di hadapan mereka.

verbal abuse


  Kira 2 jam slps kejadian , Shoq ke tandas seperti kebiasaan hari2 lainya. Tetapi hari ini berbeza apabila dia terserempak dgn Idrus yg sedang menangis teresak2 seorg diri. "Apsal mamat ni nangis sorg2 ni?"soal Shoq yg bongok di dalam hatinya.

 Keesokan harinya, Shoq ke sekolah agama dgn niat utk bermain seperti biasa tidak sedar sesuatu yang akan mengubah hidupnya bakal berlaku . Setelah memasuki kelas dia duduk di tmpat biasanya bersebelahan dgn Jim. Tiba2 bunyi hentakan meja kedengaran di belakangnya.

  Shoq berasa hairan lalu menoleh kebelakang dan melihat seorg pak cik berkopiah dgn wajah yg bengis. "Matilah aku",hatinya berkata2 tetapi segalanya sudah terlambat ."Macam ni ke ahklak pelajar sekolah agama!",jerit pak cik itu kepada Shoq dan Jim. Shoq yg menyesal terpandang kelibat Idrus sedang berdiri di luar pintu blkg kelas.

  Rasa bersalah terus menghantui Shoq apabila Idrus tidak kelihatan di dalam kelas pada hari2 seterusnya. Rupa-rupanya Idrus telah berpindah kelas dan dia kelihatan gembira bersama rakan2 baru . Semenjak hari itu mereka tidak pernah bertemu lagi.

Walaupun sudah 8 tahun berlalu Shoq masih tidak dapat melupakan peristiwa tersebut dan dihantui rasa bersalah sehingga hari ini.Dia berharap dpt bertemu Idrus utk meminta maaf dan jika Idrus(bukan nama sebenar) terbaca kisah ini memaafkan dirinya yg naif.


penghargaan gambar: adrianasassoon.files.wordpress.com

Monday, January 24, 2011

Kisah Budak Poyo 1.0

Kisah budak poyo merupakan sebuah siri cerpen mengenai kepoyooan manusia. Jika tiada aral melintang insyaAllah akan disambung.

Watak:
  • Budak Poyo(BP)
  • Leman Koya(LK)

Latar:
  • Masa:2008
  • Tempat:Sebuah sekolah yg jauh dari pembangunan

"Trial daerah dah dekat ni, bnde byk tak stadi lg mcm mne ni?",getus hati LK. BP yg duduk di hdpn kelas kelihatan tenang seperti air kolah. LK yg melihat gelagat BP tertanya2 lalu  menghampiri BP utk mndptkn pnjelasan sebenar.

LK:Wei,ko ni tenang gile pekse dh dkt dowh. Ko dah ready ke?

BP:Leman2 (sambil tertawa kecil). Cube ko bygkn pekse ni sbg ujian dari Tuhan.

LK:Kenape plak?. Ujian Tuhan mane jwb atas kertas dowh.

BP:Maksud aku ko tau kan bile nk pekse?, so ko akan study time dah dekat2 nk pekse. Tapi klu Tuhan nk uji ko ade Die bgtau ko?, so ko mmg kne sentiasa preparelah.

LK:Alah poyola ko ni mne same pekse trial dgn ujian Tuhan.

BP:Katela ko mampos esok, ko rase dh ready ke blom?
   
LK:Hmm, tahla tapi takat soalan2 dlm kubur tu aku dah hapal. Tp klu tye amalan2 tak taula aku cukup ke tak.(disulili ketawa kecil-kecilan).

BP:Ko ni maen2 plak. Dah gi study laen kali ko kne sentiase sedia nk pekse nnti takde gelabah.

Lantas LK menuju ke tempat duduknya usai ditarbiah BP."Betol gak ape die ckp tu, tp cmne nk bergumbira?. Asyik nk kne bersedia je", LK bermonolog tnpa sbrg jwpn ttg persoalan itu. Lantas buku past year question add math dibuka dan dijwb.

LK yg berjiwa muda-mudi terus dibuai arus add math tnpe memikirkan kata2 BP sebentar tadi.

Susana prep yg tenang trganggu dgn jeritan kuat dari kelas sebelah. "Babi betolla die ni asik mkn duet rakyat je!!", jerit seorg budak yg dipercayai penyokong no.1 DSAI

*bakal bersambung jika dpt meneruskan ke sinambungan cerita  

Tuesday, January 11, 2011

Seksualiti Merdeka

Berikut merupakan perbualan kawan aku kat Facebook  mengenai seksualiti
Tetapi watak dan nama terpaksa diubah demi keselamatan dan kebaikan mereka sendiri


*cerita diatas merupakan cerita fiksyen politik malaysia kerana aku yakin senario seperti diatas   hampir mustahil utk berlaku berdasarkan realiti zaman sekarang
  
 p/s:-
  • Diharap penyokong Anwar Ibrahim dan Dr.Mahathir tidak terasa hati
  • Anda sepatutnya mencontohi mereka berdua berperang di dalam politik tetapi berkawan di  alam siber

Mencarut. Apa dan Mengapa

Ape prkataan yang sering kita dengari pabila seseorg mencarot saban hari?. Aku pasti ianya pasti berkisar tentang dua perkara sahaj iaitu organ2 reproduktif dan juga haiwan2 ciptaan Ilahi. Tetapi jika seseorang mengucapkan kata2 pujian terhadap-Nya saat2 emosi terganggu dia memang hebat gila.

Sekarang ni aku tertanya2 kenapa masyarkat kita sering menjadikan 2 subjek ini sebagai kata2 kejian terhadap kawan2 , musuh dan tidak lupa juga terhadap menteri2?

#1-Haiwan 



Haiwan yg sering dijadikan mangsa oleh manusia yg tak brtggjwb ialah BABI.

Malah aku sendiri tak ingat mengapa aku menjadikan ia sbg subjek carutan harian aku?
B A B I , ape signifikannya prkataan ni kerana sehingga kini aku dan ramai lagi manusia mggunakannya unutk menzahirkan emosi mereka yang terganggu.

Mungkin kisah di bawah ini merupakan jawapannya. 
Satu kisah tentang asal usul pggunaanya dipercayai telah digunakan sejak zaman Mesolitik lagi.

credit to precociously naive



Tetapi aku rase sebab yang paling kukuh ialah dalam masyarkat kita yang kebanyakannya muslim berpegang bahawa babi merupakan najis mughallazoh.
Contoh dialog:-

Betik: Woi Cad , Babi!
Cad:Asal babi plak?
Betik:Sebab ko cam haram doh
Cad:Owh, ko mencarot babi sebab ko nk ckp aku haram disentuh la ?
Betik:Aah

#2-Organ Reproduktif

utk tujuan pembelajaran semata2


Satu lagi persoalan. Mengapa organ seks dijadikn bahan carutan , malah istilah bahasa2 lain seperti Tamil dan Mandarin juga digunakan selaras dgn semangat 1Malaysia yang diperkenal oleh PM kita yang cemerlang.

Contoh2 terlalu banyak tapi aku malas nak tulis kat blog suci ini.
Korg klik sini untuk belajar mencarot dalam pelbagai bahasa.

Ok sekali lagi apa sebab munasabah merujuk seseorang yg kita benci dgn organ reproduktif
Contoh dialog:-

Betik:Wei Cad ko ni kerandut zakarlah!
Cad:Asal plak? ape maksud ko kali ini?
Betik:Haahla ape yg aku maksudkan ni?
Cad:Tulah aku pelik ape yg ko cube smpaikan ni?

*dialog ini tiada kesudahan kerana kedua watak tidak dpt memikirkan mengapa dan kenapa manusia mnjadikn ianya sbg subjek carutan 

Adakah kerana menyentuh kemaluan menyebabkan batalnya wuduk menjadi sebab?
Atau disebabkan ianya merupakan tempat membuang najis?
Tetapi ape yang aku pasti ia tiada kena mengena tentang orientasi seks seseorg itu.


Artikel ini ditulis oleh Prof.Shaouqi yg merupakan seorg pensyarah kanan di Universiti Sg. Tuntong dan sedang membuat kajian mengenai pola perubahan carutan masyarakat Malaysia.

Thursday, January 6, 2011

Impian2ku

Time aku kecik bapak aku tanye aku nk jd ape .Aku jwb nk jd imam besar ,tp nmpknya cita2 aku tu mcm takkan tercapai je.

Bile besar sket aku mule keliru ape aku nak jadi besar nnti ? ape yg aku minat ?.Lepas tu aku mula mencari bakat2 yg trpendam aku .Jadi aku dapatlah pikirkan bbrape cita2 yg aku tak pasti boleh trcapai ke tak.

#1-Pemain Bola Sepak


Faktor pemangkin:
  1. Kat sekolah dlu maen ptg2 aku jd striker pastu aku dpt score 3-4gol  cantik adela dlm 2-3 kali gak.Lepas tu aku rase aku dah sehebat Dimitar Berbatov  
  2. Mase zaman joga bonito iklan nike dlu, aku smgt tgk video2 skill pastu aku praktis dlm permainan sebenar dan adakalanya menjadi , aku terus yakin aku hmpir setaraf Ronaldinho.

Faktor Penghalang:
  1. Tahap tertinggi aku dlm arena bolasepak hanyalah berjaya mewakili rumah sukan dalam acara futsal dan  tiada sbrg pencapaian mmbanggakan diperoleh
  2. Tidak mmpunyai ciri2 striker idaman mana2 kelab.Satu2nya yg aku ade hanyelah naluri seorg penyerang yg sejati.

#2-Pemain Ragbi


Faktor Pemangkin:
  1. Pernah mewakili sekolah dan daerah serta berjaya memperoleh podium dalam beberapa kejohanan.
  2. Telah bermain kira2 567 perlawanan , membuat 4867 tackle , 6234 hantaran dan pernah mnjadi jurulatih utk pasukan junior.
Faktor Penghalang:
  1. Kondisi fizikal yg tidak sesuai utk bermain di tahap tertinggi hanya mmpu bermain ragbi touch itupun hanya2 kira2 6-10minit
  2. Sedang berada di kwsn yg tidak trdedah kpd sukan ragbi ttp perancangan utk mnubuhkan kelab tlh ada walaupun masih belum trlaksana.


#3-Chef


Faktor Pemangkin:
  1. Gemar menonton rancangan2 memasak yg dihoskan oleh chef2 terkenal seperti Jamie Oliver ,Robert Rainford ,Chef Wan dan Marco Pierre White.
  2. Pernah mencuba beberapa resepi dan hasilnya agak memberangsangkan.
Faktor Penghalang:
  1. Malas utk memasak apa yg telah ditonton sebaliknya terus menonoton rancangan masakan dan membaca resepi tanpa sebarang hasil yg jitu.
  2. Tidak memepunyai kesabaran utk memasak utk menghasilkan yg terbaik ttpi lebih suka memasak sesuatu yg senang dan cepat utk dimakan.



#4-Penembak Tepat


Faktor Pemangkin:
  1. Gemar menonton cerita perang dan menggemari peranan sniper dlm filem2 tersebut dan cerita yg mmberi pengaruh besar ialah Saving Private Ryan melalui watak Private Daniel Jackson.
  2. Berjaya menamatkan bbrape game FPS seperti COD:Modern Warfare 1 & 2 dan COD:Black Ops yg belum berjaya ditamatkan lagi.
Faktor Penghalang:
  1. Tiada lgsg pengalamn mmgang senjata sebenar apatah lagi menembak serta tidak menyertai mana2 unit ketenteraan mgkin kalau aku tggl di Amerika aku berpeluang memiliki senjata idaman sendiri.
  2. Kondisi fizikal (sekali lagi)
  3. Tak sampai hati utk membunuh manusia apatah lagi utk melakukan headshot terhadap seseorg yg kita dapat lihat jelas wajahnya melalui scope.


#5-Doktor



Faktor Pemangkin:
  1. Aku kini berada di sebuah sekolah perubatan dan berada di tahun 2.
  2. Agak berminat dgn subjek2 yg diajar selain Anatomy
  3. Paling bongok sbb aku tak boleh blah ttg apa2 yg berkaitan dgn Ilmu Hisab.
Faktor Penghalang:
  1. Tak pasti samada mampu menanggung tekanan yg akan dihadapi sepanjang tempoh kehidupanku yg mendatang.
  2. Tiada minat yg terlalu mndalam dlm bidang ini (mgkin belum lg)


Kesimpulannya , memang takde satu lagipon cita2 yg aku btol2 minat dan berusaha utk merealisasikannya, apa yg pasti cita2 utk mnjadi player bola ,ragbi dan sniper tu mmg mcm mustahil .Tapi kalau doktor dan chef mgkin lps abes bljr medik aku smbg bidang kulinari ke.

Papehal pun, bagi aku yg paling penting mesti ade cita2 dlm hidup dan mendapat keredhaan Allah mesti dijadikan asas kepada ape2 cita2 kite supaya ape yg kite lakukan bukan semata2 utk memenuhi nafsu shj.

Shaouqi Basori melaporkan utk Sakit Lututku

Wednesday, January 5, 2011

Perasmian



Abbasiyah ,Cairo:Pada jam 12:34 pagi kira2 8:30 pagi waktu Malaysia, sebuah blog telah dirasmikan oleh Y.A.B Shaouqi yg merupakan pemilik blog itu sendiri yg dinamakan Sakit Lututku. Semasa ditemubual beliau berkata sebenarnya blog ini telah dibuka setahun yg lalu ttpi beliau tiade idea utk menulis dan berkata azam tahun baru beliau ialah utk kembali menulis di dalam blog. Ditanya siapakah yg membuat kerja2 pembaikan ,beliau menjawab , "Sayalah orangnya",dengan nada angkuh.