Saturday, July 16, 2011

Pengajaran Berharga #1

 Seperti hari-hari biasa pukul 2 petang Shoq akan bersiap sedia untuk ke sekolah agama. Tetapi niatnya untuk ke sekolah agama tidak pernah tepat ,dia hanya berfikir untuk bermain bersama rakan-rakannya sahaja.

 Sungguhpun begitu, dia tetap berasa malas untuk ke sekolah pada hari itu. Lalu dia mendapat idea untuk menyorok agar makciknya yang sering menghantarnya ke sekolah tidak menemuinya lantas rancangan jahatnya dapat dicapai.

  Setelah siap memakai uniform beserta sampin serta songkok , dia menemui tempat menyorok yang paling selamat pada pemikirannya di waktu itu iaitu di bawah meja. Kira-kira 10 minit kemudian , makciknya mula mencari-carinya. "Shouqi...ooo...Shaouqi...mak andak dah nak pergi ni",panggil makciknya.


  Di saat itu dia yakin misinya akan berjaya. Tetapi sesuatu yang memeranjatkan berlaku , abangnya Baroq juga sedang mencarinya. Dia berasa sangat cemas kerana abangnya itu seorang yang hebat dalam ilmu main sorok-sorok ."Dup dap dup dap",bunyi jantungnya yang berdegup semakin kencang.


  Tanpa disangka-sangka abangnya menyelak alas meja yang dijadikan penyorokannya. Luluh hatinya ,berkecai impiannya untuk ponteng sekolah. Ketika itu dia sudah pasrah dan redha untuk ke sekolah.


  Abangnya kemudian melakukan satu aksi di luar jangkaan , dia membuat gaya seseorang sedang bermain tabla sambil mengoyang-goyangkan kepalanya ke kiri dan ke kanan ala-ala lelaki Sikh yang berbadan gempal yang tersenyum lebar dalam filem Hindustan. Shoq yang masih berada di bawah meja tidak dapat menahan daripada ketawa ."Kih...kih..kih..kih..",dia ketawa sambil cuba menutup mulutnya.



  Tindakan itu meningkatkan tekanan abdomennya ditambah pula pundi kencingnya yang hampir penuh akibat terlalu lama menyorok akhirnya membawa padah. "Psssst.........", air kencingnya mengalir laju membasahi sampin dan seluarnya. Dia tidak memakai seluar dalam diwaktu itu kerana masih tidak mengetahui kepentingan berbuat demikian.


  Akhirnya, berjayalah misinya , hari itu dia hanya melepak di rumah sambil menonton kartun kegemarannya . Girang hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Pembantu rumahnya yang dipanggil Kak Ayu terpaksa mengemop lantai dan membasuh pakaiannya .





Pengajaran
1.Jangan tahan kencing sebelum menyorok
2.Jangan mudah ketawa melihat aksi-aksi lawak
3.Menonton kartun lebih penting daripada mempelajari ilmu agama