Friday, December 28, 2012

Bangang Mengamuk

Harini aku rasa nak mengamuk.
Macam mana tak mengamuk benda yang common sense pun tak boleh buat.

Aku bagi contohlah kalau kau berak, mesti kau kena flush takkan nak suruh mak cik kau pulak flush.
Samalah halnya dengan lepas makan, basuh pinggan. Senang cerita kau bertanggungjawab atas benda yang kau buat.

Kalau siapa rasa memang mak cik dia kena flush taik dia atau basuh pinggan dia, dia memang bangang. Ya memang BANGANG.


Melainkan kalau kau dibesarkan dalam keluarga yang bangang, seperti basuh berak dan makan perlu disuapkan orang suruhan hingga dewasa. Itu aku kata mak bapak atau moyang(jika mereka yang mulakan) kau yang bangang dan aku boleh lagi bertolak ansur dengan kau.

Tapi dalam hal ni memang salah si bangang bukan salah sesiapa. Nampaknya apa yang aku rasa common sense bukanlah common sense bagi orang bangang.

Ni satu lagi apa asal-usul perkataan bangang ni, aku sebut-sebut asal-usul tak tahu. Jadi aku pun nak cerita sikit cerita bangang ni.

Dulu masa kecil aku ingatkan akulah orang yang cipta perkataan bangang tu.
Masa tu aku ada kat kampung, ada bangau dalam parit depan rumah atuk aku, aku pun sebut bangau berulang-ulang. Bangau...bangau...bangau...Bangang.


Aku dengan semangatnya memberitahu abang aku, akulah pengasas perkataan tu. Lama juga berdebat dengan abang aku untuk menegakkan kebenaran. Tapi akhirnya aku akur bukan aku yang cipta perkataan bangang tu. Bangang juga aku dulu.

Saturday, December 22, 2012

Cloud Storage Power

Sesiapa yang ada gambar2 lama jangan sesekali buang kerana menyimpan seribu satu kenangan dan mungkin juga nilai2-nilai sejarah.
Jadi macam mana nak simpan sehingga hari tua?


Kalau simpan dalam komputer nanti kena virus habis hilang, simpan dalam external pon sama lagi senang rosak kalau terjatuh.

Jadi sekarang ni ada cara simpan fail yang inshaallah akan kekal selagi dunia takde musibah besar dan syarikat tak buat hal. Cloud storage adalah jawapannya.

Ada banyak syarikat bagi free contohnya Mediafire, Dropbox, Sugarsync, Goole drive dan Skydrive. Biasanya free space lebih kurang 5GB. Boleh simpan berapa ratus gambar tu?

Yang aku rasa paling best Dropbox senang nak manage dan sync antara peranti.
Klik gambar bawah ni untuk register, kalau korang tekan link tu dan register aku dapat 500MB free space, so tolonglah aku untuk manfaat bersama. Situasi menang-menang.



Sugarsync ni ok juga dapat 5GB free sama macam Dropbox tapi tak boleh lawan Dropbox. Cuma kelebihan dia boleh upload file melalui e-mail dan boleh recover file yang dah dibuang dalam simpanan. Klik gambar dibawah untuk register.




Mediafire kelebihan dia free space dapat 50GB, banyak gila. Download pon laju. Cuma tak boleh sync dengan device. Tetapi ada kelemahan antaranya had maksimum satu fail 200MB sahaja dan ada long term storage yang bermakna kalau korang lama tak aktif fail korang akan dibuang. Jadi bukan langkah bijak umtuk simpan fail yang sangat penting di sini. Aku rasa sesuai nak share nota2 dan sebagainya sahaja.





Thursday, December 20, 2012

Ya Hanana

يَا هَنَانَا




ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad    bidzhuhuurin nabi ahmad
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na nabi muhammad   dzalikal fadhlu minallah

يَا هَنَانَا
ya hana na
خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah

يَا هَنَانَا
ya hana na
مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَ
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam

يَاهَانَانَأ
ya hana na
اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah

يَاهَنَانَا
ya hana na
صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
يَا هَنَانَا
ya hana na


Maksud lirik.

" Betapa Beruntungnya Kami "


Telah muncul agama yang didukung,

Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad,

Itulah anugerah dari Allah.



Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),

Penghimpun rahsia setiap makna, tiada yang setanding dengannya,

dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),



Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),

lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan di atas seluruh manusia.



Betapa beruntungnya kami,

Baginda adalah manusia yang terbaik ciptaannya, dan teragung akhlaknya,

Menjadi sebutan barat dan di timur.

Segala puji bagi Allah,



Betapa beruntungnya kami,

Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,

Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya,

kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.



Betapa beruntungnya kami.


Credit:lirik

Saturday, December 15, 2012

Suatu Sabtu



Friday, December 14, 2012

Jamuan Jumaat

Thursday, December 13, 2012

Kerana Khamis




Wednesday, December 5, 2012

Rabu Rambang



Tuesday, December 4, 2012

Sepi Selasa



Sunday, December 2, 2012

Angan Ahad




Thursday, November 29, 2012

Drama Di McDonnel

Seorang lelaki bertubuh sasa sedang menjamah burger ayam dua tingkat dengan keju di hujung restoran.

Tiba-tiba seorang lelaki bertopi tertera Free Gaza masuk ke dalam restoran. Dia merapati lelaki bertubuh sasa seraya bertanya, "Mana asal kamu?". Lelaki bertubuh sasa dengan tenang menjawab "Palestin......".

"Yahudi!!!........",lelaki bertopi menjerit sambil melempang muka lelaki sasa dengan dulang hingga bersepai otaknya di atas meja.

Kemudian dia pulang ke rumah dan mengemaskini laman 'Free Gaza' di bawah kelolaannya. Burger Ramzy istimewa yang tinggal separuh terbiar di atas meja. Dia menulis dalam laman itu :-

"Satu lagi peluru berjaya disumbang kepada Yahudi hari ini.
Selamatkan rakyat Palestin yang ditindas."

Syurga

Nasi lemak arwah Mbokdeh (makcik dalam bahasa jawa) Tin merupakan nasi lemak paling sedap pernah aku makan sehingga abang aku memberi gelaran nasi lemak syurga kepada nasi lemak masakan arwah.

Setakat ni yang aku pernah gelar syurga selain itu ialah ta'miyah di pasar belakang rumah aku tetapi tak kekal lama sebab makin merosot kualitinya.

Aku rasa untuk mendapat gelaran syurga sesuatu makanan itu perlu dimasak dengan ihklas dan rasa kasih sayang. Sebab setiap kali balik kampung, mbokdeh tahu kami nak makan nasi lemak dan dia juga tahu kami memberi  gelaran syurga untuk nasi lemaknya.

Sehingga kini aku tak jumpa lagi pengganti nasi lemak syurga. Harap-harap kalau aku masuk syurga boleh pesan nasi lemak syurga. Mungkin hanya nasi lemak syurga yang real boleh lawan rasa nasi lemak syurga (dunia).

*Alfatihah untuk arwah Mbokdeh Tin

Tuesday, October 23, 2012

Peristiwa Hampir Memakan Babi & Mungkin Termakan Babi

Hampir memakan babi

Ketika aku berada di darjah 2 atau 3, kita mempunyai kawan bernama Yee Joong Hou.
Dia merupakan kawan baik kita. Pada suatu hari semasa waktu rehat dia membawa bekal dari rumah. Kita pun tanya apa tu?.Dia kata ham sandwich, aku pun tanya lah apa ham tu?. Dia jawab ham...hamlah.

Kemudian kita minta sikit nak rasa, kebetulan ada seorang cikgu lalu di situ dan bertanya, "Kamu makan apa tu?". "Ham, cikgu'',jawabnya. Lepas itu, cikgu berkata kepada kita yang kita tak boleh makan sebab benda tu tak halal. Kita mana tahu babi dalam Bahasa Inggeris dan halal haram sangat masa tu. Jadi kita pun pergi beli nasi lemak halal di kantin.

Terima kasih cikgu yang menyelamatkan saya dari memakan makhluk yang sering saya sebut apabila ingin menzahirkan kemarahan.

ham sandwich
*Kita merupakan kata ganti nama diri yang aku gunakan sehingga darjah 3, apabila darjah 4 aku mula menggunakan aku kerana merasa sudah dewasa.


Mungkin termakan babi

Semasa darjah 4 atau 5 aku mengikuti rombongan universiti ibuku ke Bangkok. Kami menaiki keretapi dari Padang Besar, Perlis ke Bangkok. Semasa dalam keretapi kami memesan nasi goreng USA, ketika itu hanya nasi goreng sahaja yang kedengaran halal yang lain kebanyakannya mengandungi pork.

Kira-kira 10 minit pelayan Thai yang agak cantik menghantar pesanan aku, pinggan yang dihantar dibalut plastik lutsinar bahagian atas mungkin untuk mengekalkan kepanasan hidangan tersebut.

Ketika hendak membuka balutan plastik itu, aku ternampak cebisan daging yang kelihatan bukan seperti daging ayam mahupun lembu melekat di bahagian bawah pinggan itu. Tanpa berfikir panjang aku mengambil daging itu dan terus menelannya, terlalu kecil tak mampu untuk aku menerangkan bagaimana rasanya.Setelah itu aku menjamah nasi goreng itu.

Setelah beberapa tahun pulang dari Bangkok baru aku terfikir apa yang aku makan itu?, sebab orang kata apa yang kita makan jadi darah daging. Kalau tak silap aku daging itu kelihatan seperti ham yang dibawa Yee Joong Hou. Tapi entahlah mungkin ada produk daging lain yang menyerupai ham juga. Jadi adakah aku pernah memakan babi?.Hanya Tuhan saja yang tahu atau aku perlu melakukan sedikit kajian untuk mengenalpasti jenis-jenis produk daging babi.

produk daging babi
*setakat ini gambar-gambar produk babi yang aku lihat di google belum ada lagi yang menyerupai daging misteri tersebut. Ya aku masih mencari jawapannya.







Wednesday, June 20, 2012

Kasi Demokrasi 1

 Isyarat telah diberikan ,masing-masing mengangguk tanda bersedia. Berdebar-debar Husin orang pertama yang akan memulakan segala perancangan rapi bertahun-tahun mereka. Sebaik melafazkan bismillah dia lantas meluru ke dalam dewan dan menuju terus ke arah Speaker Dewan. Dia mengacukan pistol tepat ke kepala Speaker. Seluruh Dewan yang sedang hangat berdebat tentang nama yang patut diberikan kepada dua ekor panda yang dibeli kerajaan. Puak Kerajaan mencadangkan Sa dan Tu sempena kempen Semua Satu, puak pembangkang pula mencadangkan Ba dan Zir.

 Masing-masing berteriak dan tidak menghiraukan kehadiran Husin di situ. "Pum!" satu tembakan dilepaskan ke udara. Semua terkejut dan terdiam, Speaker menjerit memanggil pengawal-pengawal tetapi semua pengawal hanya berdiri di tempat masing-masing. Beberapa MP dilihat merangkak dan cuba keluar dewan tetapi gagal kerana semua pintu telah dikunci. Husin menolak Speaker hingga terjatuh dari kerusi, seraya mengambil alih tempat duduknya dan mencuba mikrofon "cubaan 1,2,3". "Siapa kamu? Apa yang kamu mahu?", PM cuba menjelaskan situasi. "Aku Husin, aku nak ubah negara ini". "Apa masalah encik? Kita boleh bincang",ujar PM. Ketua pembangkang(KP) mencelah "Lihat hasil pemerintahan kerajaan hingga rakyat terdesak sebegini" disambut dengan bunyi bising dari kedua-dua belah pihak. "Pum!" tembakan dilepaskan darah memancut-mancut dari telinga KP , semua MP tunduk ketakutan. "Aku tak nak dengar seiapa bercakap, kamu semua sama sahaja pentingkan diri!", tegas Husin. 

 "Hari ini masa depan kamu dan aku terletak di tangan rakyat. Jika majoriti bersetuju kamu mati, kamu mati, jika tak aku yang mati",kata Husin. Siaran langsung dibuat dan semua kejadian tersebut ditonton seluruh negara. Dia dan rakan -rakannya telah memasang letupan berkuasa tinggi di dalam bangunan parlimen dan kawasan sekitarnya setelah 4 tahun pelaksanaan yang berhati-hati. Undian dibuat melalui e-mel Semua Satu yang diwajibkan ke atas setiap rakyat. Seluruh negara riuh membincangkan apa yang patut dilakukan. 


 Keputusan yang tidak dijangka Husin berlaku apabila seluruh jalanraya dipenuhi rakyat, mereka tidak bersetuju dengan cara Husin mereka mahukan pertukaran kuasa melalui cara yang sah. Kurang daripada 0.5% yang mengundi, yang lain semuanya membantah. Beberapa MP yang mengikuti perkembangan tersebut di Twitter menjerit "Rakyat kita sukakan keamanan!". Husin dan rakan-rakannya kelihatan tenang. Lalu mereka keluar dari dewan secara tiba-tiba, semua MP terpaku dan berasa gembira. Mereka mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang masih sayangkan mereka melaui siaran langsung televisyen, KP yang cedera memeluk erat PM masing-masing terlalu gembira. Tiba-tiba MP Bandar 4 menjerit "Yang Berhormat pintu tak boleh dibuka".


  Selang beberapa saat letupan kuat menggegarkan ibu negara. Siaran langsung dari parlimen telah terputus. Rakyat yang berkumpul beberapa kilometer dari parlimen melihat asap tebal di langit. Semua rakyat tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku.  "Mulai hari ini akulah pemerintah negara", tulis Husin di akaun Twitternya.

Wednesday, April 25, 2012

Syurga Alpa

Projek baru sempena medicophilic month.
Kritikan amat dialu-alukan.
Selamat menonton.

Sunday, February 5, 2012

Kahwin Morocco

Anda inginkan isteri yang baik? cantik? eksotik?

Gadis Maghribi ialah jawapannya.



Bukan sahaja murah malah terjaga daripada budaya barat yang merosakkan gadis-gadis masa kini.

Dengan kos yang murah anda boleh hidup bahagia buat selamanya.

Ada lagi kejutan untuk anda, jika anda berjaya perkenalkan gadis Maghribi kepada kawan2 anda ,anda berpeluang menjadi seorang jutawan.



Testimonial


Encik Shauki aka Shakey
26 tahun
"Ana ni meniaga dadih je mana ada orang nak. Jadi pada suatu sambil2 layan lagu2 Nancy Ajram kat youtube ana terasa nak cari bini arab ,kebetulan muka depan Harian Metro ada tulis pasal kahwinmaghribi tanpa buang masa ana terus call.

Terkejut ana sebab kosnya amat murah dan rupa paras wanita maghribi memang cantik.Sebulan lepas itu kami pun berkahwin.

Kini ana menyara keluarga dengan memperkenalkan wanita Maghribi kepada lelaki tempatan.Jumlah pendapatan ana boleh mencecah 6 angka sebulan.Kerja yang mudah kerana lelaki Malaysia rata2 mahu tapi malu seperti ana juga dahulu.

Isteri bahagia ,ana bahagia dan paling penting orang lain pun bahagia seperti ana."



Bahagia mengelilingi dunia dengan kapal milik sendiri yang dibeli hasil perniagaan Kahwin Maghribi.



"Isteri Bahagia , Ana Bahagia , Antum Pun Bahagia"