Monday, January 24, 2011

Kisah Budak Poyo 1.0

Kisah budak poyo merupakan sebuah siri cerpen mengenai kepoyooan manusia. Jika tiada aral melintang insyaAllah akan disambung.

Watak:
  • Budak Poyo(BP)
  • Leman Koya(LK)

Latar:
  • Masa:2008
  • Tempat:Sebuah sekolah yg jauh dari pembangunan

"Trial daerah dah dekat ni, bnde byk tak stadi lg mcm mne ni?",getus hati LK. BP yg duduk di hdpn kelas kelihatan tenang seperti air kolah. LK yg melihat gelagat BP tertanya2 lalu  menghampiri BP utk mndptkn pnjelasan sebenar.

LK:Wei,ko ni tenang gile pekse dh dkt dowh. Ko dah ready ke?

BP:Leman2 (sambil tertawa kecil). Cube ko bygkn pekse ni sbg ujian dari Tuhan.

LK:Kenape plak?. Ujian Tuhan mane jwb atas kertas dowh.

BP:Maksud aku ko tau kan bile nk pekse?, so ko akan study time dah dekat2 nk pekse. Tapi klu Tuhan nk uji ko ade Die bgtau ko?, so ko mmg kne sentiasa preparelah.

LK:Alah poyola ko ni mne same pekse trial dgn ujian Tuhan.

BP:Katela ko mampos esok, ko rase dh ready ke blom?
   
LK:Hmm, tahla tapi takat soalan2 dlm kubur tu aku dah hapal. Tp klu tye amalan2 tak taula aku cukup ke tak.(disulili ketawa kecil-kecilan).

BP:Ko ni maen2 plak. Dah gi study laen kali ko kne sentiase sedia nk pekse nnti takde gelabah.

Lantas LK menuju ke tempat duduknya usai ditarbiah BP."Betol gak ape die ckp tu, tp cmne nk bergumbira?. Asyik nk kne bersedia je", LK bermonolog tnpa sbrg jwpn ttg persoalan itu. Lantas buku past year question add math dibuka dan dijwb.

LK yg berjiwa muda-mudi terus dibuai arus add math tnpe memikirkan kata2 BP sebentar tadi.

Susana prep yg tenang trganggu dgn jeritan kuat dari kelas sebelah. "Babi betolla die ni asik mkn duet rakyat je!!", jerit seorg budak yg dipercayai penyokong no.1 DSAI

*bakal bersambung jika dpt meneruskan ke sinambungan cerita  

Tuesday, January 11, 2011

Seksualiti Merdeka

Berikut merupakan perbualan kawan aku kat Facebook  mengenai seksualiti
Tetapi watak dan nama terpaksa diubah demi keselamatan dan kebaikan mereka sendiri


*cerita diatas merupakan cerita fiksyen politik malaysia kerana aku yakin senario seperti diatas   hampir mustahil utk berlaku berdasarkan realiti zaman sekarang
  
 p/s:-
  • Diharap penyokong Anwar Ibrahim dan Dr.Mahathir tidak terasa hati
  • Anda sepatutnya mencontohi mereka berdua berperang di dalam politik tetapi berkawan di  alam siber

Mencarut. Apa dan Mengapa

Ape prkataan yang sering kita dengari pabila seseorg mencarot saban hari?. Aku pasti ianya pasti berkisar tentang dua perkara sahaj iaitu organ2 reproduktif dan juga haiwan2 ciptaan Ilahi. Tetapi jika seseorang mengucapkan kata2 pujian terhadap-Nya saat2 emosi terganggu dia memang hebat gila.

Sekarang ni aku tertanya2 kenapa masyarkat kita sering menjadikan 2 subjek ini sebagai kata2 kejian terhadap kawan2 , musuh dan tidak lupa juga terhadap menteri2?

#1-Haiwan 



Haiwan yg sering dijadikan mangsa oleh manusia yg tak brtggjwb ialah BABI.

Malah aku sendiri tak ingat mengapa aku menjadikan ia sbg subjek carutan harian aku?
B A B I , ape signifikannya prkataan ni kerana sehingga kini aku dan ramai lagi manusia mggunakannya unutk menzahirkan emosi mereka yang terganggu.

Mungkin kisah di bawah ini merupakan jawapannya. 
Satu kisah tentang asal usul pggunaanya dipercayai telah digunakan sejak zaman Mesolitik lagi.

credit to precociously naive



Tetapi aku rase sebab yang paling kukuh ialah dalam masyarkat kita yang kebanyakannya muslim berpegang bahawa babi merupakan najis mughallazoh.
Contoh dialog:-

Betik: Woi Cad , Babi!
Cad:Asal babi plak?
Betik:Sebab ko cam haram doh
Cad:Owh, ko mencarot babi sebab ko nk ckp aku haram disentuh la ?
Betik:Aah

#2-Organ Reproduktif

utk tujuan pembelajaran semata2


Satu lagi persoalan. Mengapa organ seks dijadikn bahan carutan , malah istilah bahasa2 lain seperti Tamil dan Mandarin juga digunakan selaras dgn semangat 1Malaysia yang diperkenal oleh PM kita yang cemerlang.

Contoh2 terlalu banyak tapi aku malas nak tulis kat blog suci ini.
Korg klik sini untuk belajar mencarot dalam pelbagai bahasa.

Ok sekali lagi apa sebab munasabah merujuk seseorang yg kita benci dgn organ reproduktif
Contoh dialog:-

Betik:Wei Cad ko ni kerandut zakarlah!
Cad:Asal plak? ape maksud ko kali ini?
Betik:Haahla ape yg aku maksudkan ni?
Cad:Tulah aku pelik ape yg ko cube smpaikan ni?

*dialog ini tiada kesudahan kerana kedua watak tidak dpt memikirkan mengapa dan kenapa manusia mnjadikn ianya sbg subjek carutan 

Adakah kerana menyentuh kemaluan menyebabkan batalnya wuduk menjadi sebab?
Atau disebabkan ianya merupakan tempat membuang najis?
Tetapi ape yang aku pasti ia tiada kena mengena tentang orientasi seks seseorg itu.


Artikel ini ditulis oleh Prof.Shaouqi yg merupakan seorg pensyarah kanan di Universiti Sg. Tuntong dan sedang membuat kajian mengenai pola perubahan carutan masyarakat Malaysia.

Thursday, January 6, 2011

Impian2ku

Time aku kecik bapak aku tanye aku nk jd ape .Aku jwb nk jd imam besar ,tp nmpknya cita2 aku tu mcm takkan tercapai je.

Bile besar sket aku mule keliru ape aku nak jadi besar nnti ? ape yg aku minat ?.Lepas tu aku mula mencari bakat2 yg trpendam aku .Jadi aku dapatlah pikirkan bbrape cita2 yg aku tak pasti boleh trcapai ke tak.

#1-Pemain Bola Sepak


Faktor pemangkin:
  1. Kat sekolah dlu maen ptg2 aku jd striker pastu aku dpt score 3-4gol  cantik adela dlm 2-3 kali gak.Lepas tu aku rase aku dah sehebat Dimitar Berbatov  
  2. Mase zaman joga bonito iklan nike dlu, aku smgt tgk video2 skill pastu aku praktis dlm permainan sebenar dan adakalanya menjadi , aku terus yakin aku hmpir setaraf Ronaldinho.

Faktor Penghalang:
  1. Tahap tertinggi aku dlm arena bolasepak hanyalah berjaya mewakili rumah sukan dalam acara futsal dan  tiada sbrg pencapaian mmbanggakan diperoleh
  2. Tidak mmpunyai ciri2 striker idaman mana2 kelab.Satu2nya yg aku ade hanyelah naluri seorg penyerang yg sejati.

#2-Pemain Ragbi


Faktor Pemangkin:
  1. Pernah mewakili sekolah dan daerah serta berjaya memperoleh podium dalam beberapa kejohanan.
  2. Telah bermain kira2 567 perlawanan , membuat 4867 tackle , 6234 hantaran dan pernah mnjadi jurulatih utk pasukan junior.
Faktor Penghalang:
  1. Kondisi fizikal yg tidak sesuai utk bermain di tahap tertinggi hanya mmpu bermain ragbi touch itupun hanya2 kira2 6-10minit
  2. Sedang berada di kwsn yg tidak trdedah kpd sukan ragbi ttp perancangan utk mnubuhkan kelab tlh ada walaupun masih belum trlaksana.


#3-Chef


Faktor Pemangkin:
  1. Gemar menonton rancangan2 memasak yg dihoskan oleh chef2 terkenal seperti Jamie Oliver ,Robert Rainford ,Chef Wan dan Marco Pierre White.
  2. Pernah mencuba beberapa resepi dan hasilnya agak memberangsangkan.
Faktor Penghalang:
  1. Malas utk memasak apa yg telah ditonton sebaliknya terus menonoton rancangan masakan dan membaca resepi tanpa sebarang hasil yg jitu.
  2. Tidak memepunyai kesabaran utk memasak utk menghasilkan yg terbaik ttpi lebih suka memasak sesuatu yg senang dan cepat utk dimakan.



#4-Penembak Tepat


Faktor Pemangkin:
  1. Gemar menonton cerita perang dan menggemari peranan sniper dlm filem2 tersebut dan cerita yg mmberi pengaruh besar ialah Saving Private Ryan melalui watak Private Daniel Jackson.
  2. Berjaya menamatkan bbrape game FPS seperti COD:Modern Warfare 1 & 2 dan COD:Black Ops yg belum berjaya ditamatkan lagi.
Faktor Penghalang:
  1. Tiada lgsg pengalamn mmgang senjata sebenar apatah lagi menembak serta tidak menyertai mana2 unit ketenteraan mgkin kalau aku tggl di Amerika aku berpeluang memiliki senjata idaman sendiri.
  2. Kondisi fizikal (sekali lagi)
  3. Tak sampai hati utk membunuh manusia apatah lagi utk melakukan headshot terhadap seseorg yg kita dapat lihat jelas wajahnya melalui scope.


#5-Doktor



Faktor Pemangkin:
  1. Aku kini berada di sebuah sekolah perubatan dan berada di tahun 2.
  2. Agak berminat dgn subjek2 yg diajar selain Anatomy
  3. Paling bongok sbb aku tak boleh blah ttg apa2 yg berkaitan dgn Ilmu Hisab.
Faktor Penghalang:
  1. Tak pasti samada mampu menanggung tekanan yg akan dihadapi sepanjang tempoh kehidupanku yg mendatang.
  2. Tiada minat yg terlalu mndalam dlm bidang ini (mgkin belum lg)


Kesimpulannya , memang takde satu lagipon cita2 yg aku btol2 minat dan berusaha utk merealisasikannya, apa yg pasti cita2 utk mnjadi player bola ,ragbi dan sniper tu mmg mcm mustahil .Tapi kalau doktor dan chef mgkin lps abes bljr medik aku smbg bidang kulinari ke.

Papehal pun, bagi aku yg paling penting mesti ade cita2 dlm hidup dan mendapat keredhaan Allah mesti dijadikan asas kepada ape2 cita2 kite supaya ape yg kite lakukan bukan semata2 utk memenuhi nafsu shj.

Shaouqi Basori melaporkan utk Sakit Lututku

Wednesday, January 5, 2011

Perasmian



Abbasiyah ,Cairo:Pada jam 12:34 pagi kira2 8:30 pagi waktu Malaysia, sebuah blog telah dirasmikan oleh Y.A.B Shaouqi yg merupakan pemilik blog itu sendiri yg dinamakan Sakit Lututku. Semasa ditemubual beliau berkata sebenarnya blog ini telah dibuka setahun yg lalu ttpi beliau tiade idea utk menulis dan berkata azam tahun baru beliau ialah utk kembali menulis di dalam blog. Ditanya siapakah yg membuat kerja2 pembaikan ,beliau menjawab , "Sayalah orangnya",dengan nada angkuh.