Monday, October 31, 2011

Mendengar Muzik Ke Tahap Seterusnya

Dengar lagu membosankan anda?

Bagaimana mendengar lagu sambil bermain permainan video dimana permainannya berdasarkan muzik yang anda dengar.

Teruja kali pertama saya bermain game ini sehingga sepuluh lagu saya habiskan dan sehingga ke hari ini sudah hampir 3 jam keseluhuran dihabiskan.

Memperkenalkan..



Anda akan hanyut utk beberapa ketika semasa bermain game ini terutama jika memasang lagu yg rancak.

Sedikit sedutan...



Di bawah pula saya yang main menggunakan lagu Klaypex-Lights sebagai lagu memang mengujakan.




Selamat bermain semua.

Thursday, October 27, 2011

Idola Ragbi

Thierry Dusautoir



Beliau ialah seorang graduan kejuruteraan kimia ,beliau juga hanya mula bermain ragbi pada usia 16 tahun. Tetapi pada umur 29 tahun beliau berjaya memimpin pasukan Perancis ke perlawanan akhir Piala Dunia Ragbi 2011. Walaupun tewas beliau diiktiraf sebagai IRB Player Of The Year 2011.



Jamie Roberts

Beliau baru berusia 24 tahun tetapi sudah memiliki 37 caps untuk pasukan kebangsaan Wales.Pada masa yang sama beliau juga merupakan seorang pelajar perubatan di Universiti Cardiff. 




Adakah mungkin?



Shaouqi Basori


Beliau mula bermain ragbi ketika sekolah menengah. Kemudian menyambung pelajaran mengejar cita-cita selama 6 tahun, sepanjang tempoh tersebut beliau telah melakukan latihan intensif untuk meningkatkan tahap kecergasan. Pada umur 27 tahun beliau berjaya mewakili negara ke pertandingan HSBC Asian5nation dan ketika itu pasukan Malaysia merupakan pasukan yang digeruni di rantau Asia.


Beliau juga telah memimpin pasukan Malaysia ke perlawanan bersejarah dengan Jepun untuk slot akhir ke Piala Dunia malangnya pasukan negara tewas tipis 18-20. Selepas perlawanan itu beliau menghilangkan diri.Kini, tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku kepadanya. Ada ura-ura mengatakan beliau terlalu kecewa lalu mengembara seorang diri mengelilingi dunia.

Thursday, October 13, 2011

20

Walaupun hari ni bukan hari jadi aku tapi aku nak tulis psl umur aku yg dah 20.

Perkara yg paling aku ingat ialah kata2 Dr.Ashraf Gindi, doktor yg mengajar aku Fisiologi.
Beliau menegur aku yg kurang konfiden dan malu2 setiap kali disuruh melakukan sesuatu.


"Shaouqi kamu sudah berusia 20 tahun ,kamu sepatutnya lebih berani"

Hal ini membuat aku terfikir apakah yg sepatutnya seorang lelaki berumur 20 tahun capai dlm hidupnya. Adakah aku perlu lebih matang? Adakah aku perlu berubah perangai ?.

Kalau aku imbas balik sepanjang 20 tahun lebih hidup aku ni memang sama perangai aku tak pernah nak berubah.Hakikatnya bukan itu saja, hubungan aku dengan manusia dan hubungan aku dengan Tuhan pun tak banyak berubah.

Ibadat aku makin teruk rasanya cuma meningkat masa dekat periksa saja. Nak kata menyumbang kepada Islam pon tak. Jadi apa guna hidup aku selama ni.

Ya, semuanya berpunca daripada aku sendiri tapi aku tak tahu macam mana nak mengubahnya.

Kalau dipanjangkan umur aku rasa aku akan lebih banyak melakukan dosa berbanding pahala jadi apa ertinya kalau terus hidup begitu?


Saturday, October 1, 2011

Perihal Tonga

Baru2 ini Tonga berjaya menewaskan Perancis dalam Piala Dunia Ragbi 2011


Hal ini agak mengecewakan kerana saya adalah penyokong Les Bleus.
Tamat saja perlawanan saya terus mencari perkataan Tonga di wikipedia dan mendapat satu info.

In many Polynesian languages, Tongan included, the word tonga means "south", as the archipelago is the southernmost group of islands of central Polynesia. The name is pronounced as [ˈtoŋa];.[6] The pronunciation /ˈtɒŋɡə/, popular in American English, is incorrect. The name of Tonga is cognate to the Hawaiian region of Kona.
 Jadi Tonga disebut to-nga bukan tong-ga .

kepada fan2 setia terutama Amer Aqhari harap kalian mendapat manfaat jumpa lagi di edisi akan datang.