Thursday, October 27, 2011

Idola Ragbi

Thierry Dusautoir



Beliau ialah seorang graduan kejuruteraan kimia ,beliau juga hanya mula bermain ragbi pada usia 16 tahun. Tetapi pada umur 29 tahun beliau berjaya memimpin pasukan Perancis ke perlawanan akhir Piala Dunia Ragbi 2011. Walaupun tewas beliau diiktiraf sebagai IRB Player Of The Year 2011.



Jamie Roberts

Beliau baru berusia 24 tahun tetapi sudah memiliki 37 caps untuk pasukan kebangsaan Wales.Pada masa yang sama beliau juga merupakan seorang pelajar perubatan di Universiti Cardiff. 




Adakah mungkin?



Shaouqi Basori


Beliau mula bermain ragbi ketika sekolah menengah. Kemudian menyambung pelajaran mengejar cita-cita selama 6 tahun, sepanjang tempoh tersebut beliau telah melakukan latihan intensif untuk meningkatkan tahap kecergasan. Pada umur 27 tahun beliau berjaya mewakili negara ke pertandingan HSBC Asian5nation dan ketika itu pasukan Malaysia merupakan pasukan yang digeruni di rantau Asia.


Beliau juga telah memimpin pasukan Malaysia ke perlawanan bersejarah dengan Jepun untuk slot akhir ke Piala Dunia malangnya pasukan negara tewas tipis 18-20. Selepas perlawanan itu beliau menghilangkan diri.Kini, tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku kepadanya. Ada ura-ura mengatakan beliau terlalu kecewa lalu mengembara seorang diri mengelilingi dunia.

3 comments:

AriFrukAi!! said...

kenapa biodata Shaouqi Basori lagi panjang dpd biodata 2 pemain yg lain?

FiQ aSH said...

hahahahaha..ape ni shaouqi basori...bru kalah sekali udah kecewa..usaha lagi!!! =P

Shaouqi said...

arif:aku punye imaginasi memang panjang.

afiq:peluang akhir tu malaysia nak masuk piala dunia lepas tu dia nak bersara dah memang kecewa gilalah.