Friday, February 18, 2011

Kesyaitonnirrajiman

Pernah tak korg kutuk org time kecik2 dlu , mesti penah kan?. Tapi korg ade x rase bersalah smpai skg. Aku byk kali mengutuk dan dikutuk. Tp ade satu peristiwa mengutuk yg aku x bole lupe smpai skg.

Bnde ni jadi mase aku bersekolah rendah. Tengok betape teruknye perasaan ni walaupun dah lame berlalu tp ntah kenape aku tak boleh lupekan.

Watak & Perwatakan:
  1. Shoq-gedebe tahi yg suka menindas rakan sekelas yg lemah
  2. Jim(bukan nama sbnr)-gedebe yg tak ada belas kasihan
  3. Idrus(bukan nama sbnr)-seorg yg aku tak tau nak terangkan tapi ade byk bnde yg aku dan jim boleh bahan
  "Wei ko tgk muke Idrus mcm org sakit mental doh",kata Jim kepada Shoq. Shoq terus melihat Idrus dan mengiyakan kata2 Jim tadi. Lalu bermulalah detik2 hitam yg bakal merubah hidup mereka buat selama-lamanya.

  Tidak lama selepas itu , Idrus mghala ke tmpt duduk Shoq dan Jim dengan nawaitu suci iaitu utk beramah mesra tetapi dia tidak sedar gedebe poyo dua ekor itu mempunyai agenda tersembunyi yg keji.

Shoq:Idrus ko ade penyakit ke?

Idrus:Mane ade.

Jim:Tapi apsal muke ko mcm org sakit mental.

Idrus diam membisu tnpa sbrg jwpn. Peluang itu digunakan dua ekor gedebe tahi sebaik mgkin utk melaksanakan agenda Zionis mereka dgn baik.

  "Macamnane ko boleh trlepas dari tanjung rambutan", kata Shoq."Tolong! ade org gila terlepas , call ambulans",Jim menambah lantas disusuli ketawa berdekah2 tnpa mghiraukan lgsg perasaan Idrus yg berdiri di hadapan mereka.

verbal abuse


  Kira 2 jam slps kejadian , Shoq ke tandas seperti kebiasaan hari2 lainya. Tetapi hari ini berbeza apabila dia terserempak dgn Idrus yg sedang menangis teresak2 seorg diri. "Apsal mamat ni nangis sorg2 ni?"soal Shoq yg bongok di dalam hatinya.

 Keesokan harinya, Shoq ke sekolah agama dgn niat utk bermain seperti biasa tidak sedar sesuatu yang akan mengubah hidupnya bakal berlaku . Setelah memasuki kelas dia duduk di tmpat biasanya bersebelahan dgn Jim. Tiba2 bunyi hentakan meja kedengaran di belakangnya.

  Shoq berasa hairan lalu menoleh kebelakang dan melihat seorg pak cik berkopiah dgn wajah yg bengis. "Matilah aku",hatinya berkata2 tetapi segalanya sudah terlambat ."Macam ni ke ahklak pelajar sekolah agama!",jerit pak cik itu kepada Shoq dan Jim. Shoq yg menyesal terpandang kelibat Idrus sedang berdiri di luar pintu blkg kelas.

  Rasa bersalah terus menghantui Shoq apabila Idrus tidak kelihatan di dalam kelas pada hari2 seterusnya. Rupa-rupanya Idrus telah berpindah kelas dan dia kelihatan gembira bersama rakan2 baru . Semenjak hari itu mereka tidak pernah bertemu lagi.

Walaupun sudah 8 tahun berlalu Shoq masih tidak dapat melupakan peristiwa tersebut dan dihantui rasa bersalah sehingga hari ini.Dia berharap dpt bertemu Idrus utk meminta maaf dan jika Idrus(bukan nama sebenar) terbaca kisah ini memaafkan dirinya yg naif.


penghargaan gambar: adrianasassoon.files.wordpress.com

No comments: