Wednesday, February 23, 2011

Tips2 Belajar Bersama Enche Ahmud

Menglami kesukaran untuk membezakan antara decorticate dan decerebrate?


Di sini saya ingin kongsikan cara yg amat mudah utk digunakan oleh pelajar sekalian.
Baik, mudah sahaja anda hanya perlu menyamakan perkataan decerebrate dengan celebrate
(celebrate=cerebrate).Kemudian, cuba anda melakukan posture decebrate kemudian melompat sambil menjerit yahoo! seperti gambar rajah di bawah.


Menurut beberapa pelajar yg telah mencuba berpendapat semasa peperiksaan mereka hanya dapat mengingati decerebrate shj kerana terlalu kerap melakukan aksi diatas utk menghilangkan tekanan yg membuak-buak ketika peperiksaan semakin hampir .Selain itu , teknik ini juga telah mengecewakan seorg pelajar kerana walaupun sering mempraktikkannya tetapi beliau berasa amat sedih kerana ketika peperiksaan tiada satu pun soalan ttg decerebrate keluar.

Kesimpulannya, teknik ini tidak digalakkan utk pelajar yg tidak bersedia utk menghadapi peperiksaan kerana dikhuatiri mereka akan melakukannya berulang kali utk menghiburkan jiwa mereka yg lara.

Friday, February 18, 2011

WWF WTF?

Dulu nak tgk wrestling kt tv pukul 11mlm punyelah susah sbb dipaksa tido kerana keesokan harinya hari bersekolah. Selain itu, ia memberi kesan negatif kepada kanak2 walaupun iklan 'Dont try this at home' kerap kali diulang. Buktinya katil mak aku berkali2 patah disebabkan aku dan adik-beradik aku cuba meniru pergerakan penggusti professional. Keadaan menjadi lebih teruk kalau sedare-mare dtg kerana Royal Rumble akan berlaku.



kebodohan akibat WWF:
  • Mempercayai kaki Shawn Michaels patah dan boleh dipusing 360 darjah
  • Takut gila tengok Undertaker mcm tengok hantu .Cuba bygkan korg tgk video kat bwh ni mase kecik.


Malah adik-beradik aku yg 83% lelaki juga terpengaruh abang aku sanggup beli VCD wrestling dan pernah melakukan Tombstone terhadap sepupu aku sampai menangis.

Tetepi kini aku sudah dewasa dan telah sedar bahwa semua itu hanya lakonan. Jadi aku tengok youtube utk melihat kembali wrestler2 feveret aku dan aku terkejut kerana aku masih teruja, disaat itulah aku sedar bahawa ianya bukan tentang ke'realan' aksi tetapi lakonan merekalah yg membuatkan org minat menonton WWF.

Kesyaitonnirrajiman

Pernah tak korg kutuk org time kecik2 dlu , mesti penah kan?. Tapi korg ade x rase bersalah smpai skg. Aku byk kali mengutuk dan dikutuk. Tp ade satu peristiwa mengutuk yg aku x bole lupe smpai skg.

Bnde ni jadi mase aku bersekolah rendah. Tengok betape teruknye perasaan ni walaupun dah lame berlalu tp ntah kenape aku tak boleh lupekan.

Watak & Perwatakan:
  1. Shoq-gedebe tahi yg suka menindas rakan sekelas yg lemah
  2. Jim(bukan nama sbnr)-gedebe yg tak ada belas kasihan
  3. Idrus(bukan nama sbnr)-seorg yg aku tak tau nak terangkan tapi ade byk bnde yg aku dan jim boleh bahan
  "Wei ko tgk muke Idrus mcm org sakit mental doh",kata Jim kepada Shoq. Shoq terus melihat Idrus dan mengiyakan kata2 Jim tadi. Lalu bermulalah detik2 hitam yg bakal merubah hidup mereka buat selama-lamanya.

  Tidak lama selepas itu , Idrus mghala ke tmpt duduk Shoq dan Jim dengan nawaitu suci iaitu utk beramah mesra tetapi dia tidak sedar gedebe poyo dua ekor itu mempunyai agenda tersembunyi yg keji.

Shoq:Idrus ko ade penyakit ke?

Idrus:Mane ade.

Jim:Tapi apsal muke ko mcm org sakit mental.

Idrus diam membisu tnpa sbrg jwpn. Peluang itu digunakan dua ekor gedebe tahi sebaik mgkin utk melaksanakan agenda Zionis mereka dgn baik.

  "Macamnane ko boleh trlepas dari tanjung rambutan", kata Shoq."Tolong! ade org gila terlepas , call ambulans",Jim menambah lantas disusuli ketawa berdekah2 tnpa mghiraukan lgsg perasaan Idrus yg berdiri di hadapan mereka.

verbal abuse


  Kira 2 jam slps kejadian , Shoq ke tandas seperti kebiasaan hari2 lainya. Tetapi hari ini berbeza apabila dia terserempak dgn Idrus yg sedang menangis teresak2 seorg diri. "Apsal mamat ni nangis sorg2 ni?"soal Shoq yg bongok di dalam hatinya.

 Keesokan harinya, Shoq ke sekolah agama dgn niat utk bermain seperti biasa tidak sedar sesuatu yang akan mengubah hidupnya bakal berlaku . Setelah memasuki kelas dia duduk di tmpat biasanya bersebelahan dgn Jim. Tiba2 bunyi hentakan meja kedengaran di belakangnya.

  Shoq berasa hairan lalu menoleh kebelakang dan melihat seorg pak cik berkopiah dgn wajah yg bengis. "Matilah aku",hatinya berkata2 tetapi segalanya sudah terlambat ."Macam ni ke ahklak pelajar sekolah agama!",jerit pak cik itu kepada Shoq dan Jim. Shoq yg menyesal terpandang kelibat Idrus sedang berdiri di luar pintu blkg kelas.

  Rasa bersalah terus menghantui Shoq apabila Idrus tidak kelihatan di dalam kelas pada hari2 seterusnya. Rupa-rupanya Idrus telah berpindah kelas dan dia kelihatan gembira bersama rakan2 baru . Semenjak hari itu mereka tidak pernah bertemu lagi.

Walaupun sudah 8 tahun berlalu Shoq masih tidak dapat melupakan peristiwa tersebut dan dihantui rasa bersalah sehingga hari ini.Dia berharap dpt bertemu Idrus utk meminta maaf dan jika Idrus(bukan nama sebenar) terbaca kisah ini memaafkan dirinya yg naif.


penghargaan gambar: adrianasassoon.files.wordpress.com