Wednesday, November 6, 2013

Kluruks

Suatu malam aku dan rakan2 pergi ke kedai.
Mereka membeli gula, garam dan sebagainya.

Aku pula mahu mengemop lantai.
Lantas meminta peluntur daripada pekedai itu.

"Aku mahu kluruks", pintaku.
"Yang itukah?", balasnya sambil menunjuk ke arah syampu.
"Bukan itu. Kluruks...aku nak kluruks",jawabku.

Dia masih tak faham.
Sambil menunjuk-nunjuk aku berkata.
"Aku mahu clorox".
"Ooh clorox...".

Lantas ditertawakan rakan2 aku.
Kah...kah...kah. Kluruks...kluruks.

Kononnya mahu sebutan seperti orang arab tapi orang arab pun tak faham.

akhirnya kluruks berjaya dibeli

*Semua perbualan di atas berlaku dalam bahasa arab yang berterabur.

Wednesday, October 16, 2013

Rambut Asli

Keyakinan aku semasa kanak2 sangat rendah. Antara sebabnya kerana aku berambut keriting.
Abang aku sering mengejek "rambut asli! rambut asli!".

Tiap kali aku dengar ejekan itu aku pergi ke cermin dan menyikat rambutku agar lebih lurus.
Tapi apakan daya rambutku keras hasilnya tetap asli.

Jadi setiap kali sebelum keluar rumah, aku bertanya kepada abangku.
"Asli tak? asli tak?".

Jika jawapannya "Asli" maka aku basahkan rambutku dan menyikat hingga sakit-sakit kulit kepalaku.
Semuanya kerana tak mahu kelihatan asli.

Adakah aku masih asli?

rambut aku pernah lurus suatu ketika dahulu
Rambut keriting bukan kerinting.

Thursday, June 20, 2013

Lirik Internationale Bahasa Melayu




Bangunlah rakyat yang tertindas
Bangun rakyat yang diperas
Nyalakan api perjuangan
Menjulang kebenaran

Hancurkan segala penindasan
Ayuh kita bangun, bangun
Dunia baru kita dirikan
Pasti jadi kenyataan

Perjuangan penghabisan
Bersatulah melawan
Dan Internasionale
Pasti ‘kan berjaya

Tiada raja atau penguasa
Peluru atau penjara
Yang dapat menghalang kita
Menjadi rakyat merdeka

Selagi nyawa dalam diri
Perjuangan takkan henti
Biar darah membasah bumi
Menyerah takkan sekali

Perjuangan penghabisan
Bersatulah melawan
Dan Internasionale
Pasti ‘kan berjaya!

maklumat lanjut The Internationale

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 1

Terima kasih kepada Ustaz Amran di atas pendidikan yang amat memberi kesan dalam hidup saya, saya takkan lupa jasa anda.

Tak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan sekelas saya Mutheerah dan Anis yang membantu aku dalam mendepani pengajaran ini.


Bersama Danial(Taiko) menghadapi pendidikan

Friday, May 10, 2013

Orang Suci

"Orang putih tak bataklah naik kapal terbang, diorang kan semua kaya", ujar aku. "Eh, Alang ingat semua orang putih kaya ke?. Ada jugak yang miskin", jawab bapak aku.

Sejak itu aku sedar bahawa aku masih dijajah walaupun dah lama negara merdeka tapi fikiran aku masih belum merdeka.
Ketika itu aku dan keluarga menonton rancangan Majalah 3, episod sempena pelancaran Air Asia X, mereka memberikan hadiah penerbangan percuma kepada orang2 putih yang bertuah.

ratu suci bersama 2 ekor anjing suci
Dalam keluarga aku, kami sering menggelar orang putih sebagai orang suci sebagai bahan jenaka. Abang aku   pernah menggelar Holy Girl kepada seorang pelancong orang putih di tepi jalan, lalu kami ketawa beramai-ramai. 

Lagi satu bukti penjajahan yang sering aku perhati, ramai yang beranggapan seseorang yang fasih bertutur Inggeris sebagi orang yang pandai dan berjaya. Orang yang lemah Inggeris secara automatik dianggap kurang pandai walhal dia genius Matematik sebagai contohlah. Aku tak menafikan kepentingan menguasai Bahasa Inggeris tetapi memang anggapan itu tidak logik. 

Bila agaknya orang Melayu pula dianggap orang suci?.


Tuesday, April 23, 2013

Siri Kisah Memalukan #2

Kisah ini berlaku masa aku Tingkatan 3 di Stesen KTM Rawang. Aku naik komuter dulu2 kononnya dah besar nak berdikarilah.

Usai membeli tiket dengan berbaju batik,berseluar slack,berkasut kulit hitam serta yakin aku terus memasukkan tiket ke benda berputar. Dengan menjinjing beg balik bermalam aku cuba melepasi benda berputar tersebut untuk ke platform.

Tersekat. Aku cuba tolak kuat2 benda berputar tu tapi masih tersekat. Dua orang puteri serta beberapa orang yang duduk berhampiran benda berputar mula perhatikan aku.

Tanpa berfikir panjang, untuk menghilangkan perhatian orang aku terus mencarut b***lah!!!, p******lah!!! sambil merempuh benda berpusing itu tapi sia2. Seorang puteri dengan muka cuak, mungkin melihat reaksi amarah aku  berkata sambil teragak-agak dengan suara perlahatan. "Sebelah situ", sambil mengangkat jari telunjuk ke arah benda berputar.

Aku tergamam tidak berterima kasih mahupun melempar senyuman kepadanya terus kesebelah kiri benda berputar bersama beg dan melepasinya tanpa masalah.

aku cuba masuk disebelah kanan(merah), sepatutnya sebelah kiri(hijau)

Sepanjang perjalanan aku diselubungi rasa malu yang teramat. Macam mana aku boleh salah masuk? Kenapa aku mencarut kuat2?.

Inilah peristiwa paling bodoh yang pernah berlaku ke atas aku yang menyebabkan setiap kali aku teringat cerita ni aku akan berkata, "Bodohnya aku!!!". Berulang kali sama ada dalam hati atau secara zahir.

*Benda berputar dalam Bahasa Inggeris ialah  turnstile dalam Bahasa Melayu aku tak pasti, kalau mengikut kamus android pagar putar

Friday, March 29, 2013

Hajat Tak Kesampaian

Ingat nak hantar umtuk pertandingan komik Peace Syria tapi dah terlambat, jadi aku letak kat blog jelah.
Aku suka gila dengan lukisan ni sebab ini kali pertama aku lukis komik setelah sekian lama. 

Mesej dia aku pun tak pasti, kalau korang fikir dapatlah mesej dia

It's not your fault

Monday, March 11, 2013

Kahwin

Jarang aku cerita pasal kahwin2 ni sebab aku memang tak fikir lagi.
Bukan tak fikir, tapi belum fikir macam orang matang. Selalunya fikir dari aspek kepala tak matang aku yang mengarut.

Tapi lepas Angah aku kahwin (Tahniah kepada angah & kakngah), aku rasa takut pulak sebab lepas ni aku punya giliran. Adik bawah aku sekarang baru 18 tahun. Takkan nak tunggu dia dulu.

Masa kecik dulu mak aku tanya aku nak kahwin ke tak, aku cakap tak nak sebab kena belikan baju, emas dan macam2 lagi. Lepas tu mak aku cakap nanti Nabi tak mengaku umat. Aku pun akur jelah.

Sejak dua menjak ni aku rasa macam dah ada tanda2 aku nak matang dah. Dulu aku tak boleh tolak ansur dengan budak2, sekarang ni aku okay dah. Dulu kuat main game, sekarang dah kurang. Nampak aku punya peningkatan menuju ke alam perkahwinan?

Nampak semakin matang setelah berkelana ke tempat orang
Sial.....Takut.....Doh......




Tuesday, February 5, 2013

Memecah Belenggu


Sampai bila mahu hidup selamat
Sampai bila selamat akan tamat

Bahaya perlu ditempuh
Ubah terkadang rapuh

Tembok perlu dipunah
Belenggu harus dimusnah

Monday, January 14, 2013

Siri Kisah Memalukan #1

Ketika aku berumur 5 tahun, aku ikut mak dan nenek aku ke pasaraya Giant Seksyen 18.
Aku yang pertama kali ke Giant sangat terpegun melihat barang2 keperluan harian yang dijual.
Tanpa aku sedari aku telah terpisah daripada mak dan nenek aku. Aku panik, buntu dan takut.

Lalu aku mengambil keputusan yang amat bodoh dengan menyorok di bawah gantungan pakaian2 wanita. Sambil berasa takut aku menangis teresak-esak.
Orang yang lalu-lalang di situ tertanya-tanya dari mana datangnya suara kanak2 menangis itu.

lebih kurang macam ni la tapi aku masuk dalam lagi dan tidak gembira
Tak lama kemudian aku ternampak kelibat kain mak aku dan nenek daripada celah2 gantungan pakaian itu. Mereka mengecam suara aku dan aku pun keluar dari persembunyian.

Aku gembira, nenek aku membelanja aiskrim dan pulang ke rumah dengan selamat.

Pengajaran
1.Kalau hilang jangan sorok tapi stay di tempat itu supaya memudahkan operasi SAR.
2.Jangan menangis itu menunjukkan kelemahan anda dan mungkin anda menjadi sasaran penculik.
3.Jangan kagum sangat tengok barang2 harian. Nyawa anda lebih penting