Wednesday, August 24, 2016

Kisah Ke Klinik Kesihatan

Setelah sekian lama aku merasa tidak selesa dengan gigi aku, aku membuat keputusan untuk memeriksa gigiku.
Aku mencari klinik yang sesuai dengan status kewangan aku yang terkini.

Klinik Pergigian UiTM Puncak Perdana ditelefon, harga yang diberitahu untuk penskaleran (scaling) ialah antara RM60-100.
Terkejut juga aku kerana 3 tahun lepas kosnya hanya RM20 di Pusat Pergigian UiTM Shah Alam (kini sudah berpindah).

Setelah menimbang faktor jarak dan kos, aku memutuskan untuk mencari klinik yang lebih berbaloi.
Jadi aku memutuskan untuk ke Pusat Kesihatan Shah Alam, Seksyen 7.

Klinik gigi tersebut terletak di aras 1, ada tangga untuk terus ke atas di sebelah kanan pintu utama.
Jangan lupa bawa kad pengenalan asli dan RM1 untuk pendaftaran.


Masa menunggu juga tidak terlalu lama iaitu kira-kira 40 minit. Rawatan dijalankan dengan pantas.
Tetapi hanya satu prosedur boleh dilakukan pada setiap pertemuan.
Andaikata anda perlu menampal 2 batang gigi, anda perlu datang 2 kali untuk menyempurnakan rawatan.

Berikut merupakan beberapa maklumat yang mungkin berguna untuk anda, jika anda berhajat untuk mendapatkan rawatan di sana.

Waktu operasi bulan Ramadan
Waktu  operasi hari biasa
Kos rawatan



"Kami Sedia Membantu"

Thursday, October 15, 2015

Video Prosedur Unit Baitul Muslim PCS


Dengar khabar, lepas video ini diterbitkan makin sibuk UBM.

Terima Kasih Zaynab, ibu-bapa Zaynab (Anas & Sarah), Ameq, Pitnan dan Rusydi.

Highlight ASFaD 2013


Projek yang disiapkan dalam satu malam.
Video kegemaran aku di antara projek-projek yang pernah disiapkan.
Dirakam oleh aku dan Akmal Arif.

Al-fatihah buat arwah Abdullah Azhari. 

Tuesday, September 1, 2015

Merdeka

31 Ogos 2015

Merdeka!
Masih buta sejarah bangsa

Merdeka!
Hina bangsa lupa agama

Merdeka!
Kurang berbudi, malu berbahasa

Merdeka!
Bertelagah semua, sesama kita

Merdeka!
Berebut tahkta, kuasa tiada

Merdeka!
Sedang dijajah, masih tertawa 

Merdeka!
Hilang segala warisan pusaka


Koleksi Seni Visual

Pembutaan Rambang 

Kantalub pemusnah kepala

My Aunt

Saturday, November 8, 2014

Kisah Cinta


Hasil simpati orang ramai, akhirnya beliau bertemu kekasih baru.
Mari sama-sama mendoakan kebahagiaan beliau sehingga ke anak cucu.

pertemuan diatur oleh Bait Muslim

Tuah ayam nampak di kaki, tuah kucing nampak di Facebook.

sumber asal:screenshot Group FB Pasar Mesir

Wednesday, November 5, 2014

Projek Video Sempena IHRAM '14


terima kasih kepada para pelakon, penyumbang idea dan penyokong.

Ramadhan Karim!