Tuesday, October 23, 2012

Peristiwa Hampir Memakan Babi & Mungkin Termakan Babi

Hampir memakan babi

Ketika aku berada di darjah 2 atau 3, kita mempunyai kawan bernama Yee Joong Hou.
Dia merupakan kawan baik kita. Pada suatu hari semasa waktu rehat dia membawa bekal dari rumah. Kita pun tanya apa tu?.Dia kata ham sandwich, aku pun tanya lah apa ham tu?. Dia jawab ham...hamlah.

Kemudian kita minta sikit nak rasa, kebetulan ada seorang cikgu lalu di situ dan bertanya, "Kamu makan apa tu?". "Ham, cikgu'',jawabnya. Lepas itu, cikgu berkata kepada kita yang kita tak boleh makan sebab benda tu tak halal. Kita mana tahu babi dalam Bahasa Inggeris dan halal haram sangat masa tu. Jadi kita pun pergi beli nasi lemak halal di kantin.

Terima kasih cikgu yang menyelamatkan saya dari memakan makhluk yang sering saya sebut apabila ingin menzahirkan kemarahan.

ham sandwich
*Kita merupakan kata ganti nama diri yang aku gunakan sehingga darjah 3, apabila darjah 4 aku mula menggunakan aku kerana merasa sudah dewasa.


Mungkin termakan babi

Semasa darjah 4 atau 5 aku mengikuti rombongan universiti ibuku ke Bangkok. Kami menaiki keretapi dari Padang Besar, Perlis ke Bangkok. Semasa dalam keretapi kami memesan nasi goreng USA, ketika itu hanya nasi goreng sahaja yang kedengaran halal yang lain kebanyakannya mengandungi pork.

Kira-kira 10 minit pelayan Thai yang agak cantik menghantar pesanan aku, pinggan yang dihantar dibalut plastik lutsinar bahagian atas mungkin untuk mengekalkan kepanasan hidangan tersebut.

Ketika hendak membuka balutan plastik itu, aku ternampak cebisan daging yang kelihatan bukan seperti daging ayam mahupun lembu melekat di bahagian bawah pinggan itu. Tanpa berfikir panjang aku mengambil daging itu dan terus menelannya, terlalu kecil tak mampu untuk aku menerangkan bagaimana rasanya.Setelah itu aku menjamah nasi goreng itu.

Setelah beberapa tahun pulang dari Bangkok baru aku terfikir apa yang aku makan itu?, sebab orang kata apa yang kita makan jadi darah daging. Kalau tak silap aku daging itu kelihatan seperti ham yang dibawa Yee Joong Hou. Tapi entahlah mungkin ada produk daging lain yang menyerupai ham juga. Jadi adakah aku pernah memakan babi?.Hanya Tuhan saja yang tahu atau aku perlu melakukan sedikit kajian untuk mengenalpasti jenis-jenis produk daging babi.

produk daging babi
*setakat ini gambar-gambar produk babi yang aku lihat di google belum ada lagi yang menyerupai daging misteri tersebut. Ya aku masih mencari jawapannya.