Wednesday, August 24, 2016

Kisah Ke Klinik Kesihatan

Setelah sekian lama aku merasa tidak selesa dengan gigi aku, aku membuat keputusan untuk memeriksa gigiku.
Aku mencari klinik yang sesuai dengan status kewangan aku yang terkini.

Klinik Pergigian UiTM Puncak Perdana ditelefon, harga yang diberitahu untuk penskaleran (scaling) ialah antara RM60-100.
Terkejut juga aku kerana 3 tahun lepas kosnya hanya RM20 di Pusat Pergigian UiTM Shah Alam (kini sudah berpindah).

Setelah menimbang faktor jarak dan kos, aku memutuskan untuk mencari klinik yang lebih berbaloi.
Jadi aku memutuskan untuk ke Pusat Kesihatan Shah Alam, Seksyen 7.

Klinik gigi tersebut terletak di aras 1, ada tangga untuk terus ke atas di sebelah kanan pintu utama.
Jangan lupa bawa kad pengenalan asli dan RM1 untuk pendaftaran.


Masa menunggu juga tidak terlalu lama iaitu kira-kira 40 minit. Rawatan dijalankan dengan pantas.
Tetapi hanya satu prosedur boleh dilakukan pada setiap pertemuan.
Andaikata anda perlu menampal 2 batang gigi, anda perlu datang 2 kali untuk menyempurnakan rawatan.

Berikut merupakan beberapa maklumat yang mungkin berguna untuk anda, jika anda berhajat untuk mendapatkan rawatan di sana.

Waktu operasi bulan Ramadan
Waktu  operasi hari biasa
Kos rawatan



"Kami Sedia Membantu"

No comments: