Friday, November 4, 2011

Kerek


"Mat jom gi masjid, bukan jauh pon. Jalan sikit sampailah",ujar Abu kepada rakan serumahnya.

Seraya disahut Mat ."Ko tunggulah rumah ni jadi masjid... nanti baru aku pegi ", dengan nada yang memanaskan hati mana-mana manusia.

Abu yang beriman pun terus melangkah ke masjid sementara kawannya itu terus bergelumang dalam fatamorgana.


****

"Jon belikan roti 3 keping kat kedai Pak Aji alang2 ko nak keluar ni", kata Din kepada rakan sekuliahnya.

Lantas disahut Jon."Mak aku hantar aku masuk kolej suruh belajar ,bukan suruh beli roti", sambil melangkah keluar.

Din tergamam ,lalu meneruskan ulangkaji sambil menggeleng-geleng kepalanya.


****


"Rol ambikkan air sejuk dalam peti ais",pinta Jo sambil membuat muka mahu dilempang.

"Ada tangan? ada kaki? Hah pegilah sendiri", jawab Rol sambil mencekak pinggang ala-ala maknyah.

Jo yang sedang baring menyereng di atas sofa hanya mampu mengeluh panjang sambil beristighfar.