Thursday, November 29, 2012

Drama Di McDonnel

Seorang lelaki bertubuh sasa sedang menjamah burger ayam dua tingkat dengan keju di hujung restoran.

Tiba-tiba seorang lelaki bertopi tertera Free Gaza masuk ke dalam restoran. Dia merapati lelaki bertubuh sasa seraya bertanya, "Mana asal kamu?". Lelaki bertubuh sasa dengan tenang menjawab "Palestin......".

"Yahudi!!!........",lelaki bertopi menjerit sambil melempang muka lelaki sasa dengan dulang hingga bersepai otaknya di atas meja.

Kemudian dia pulang ke rumah dan mengemaskini laman 'Free Gaza' di bawah kelolaannya. Burger Ramzy istimewa yang tinggal separuh terbiar di atas meja. Dia menulis dalam laman itu :-

"Satu lagi peluru berjaya disumbang kepada Yahudi hari ini.
Selamatkan rakyat Palestin yang ditindas."

Syurga

Nasi lemak arwah Mbokdeh (makcik dalam bahasa jawa) Tin merupakan nasi lemak paling sedap pernah aku makan sehingga abang aku memberi gelaran nasi lemak syurga kepada nasi lemak masakan arwah.

Setakat ni yang aku pernah gelar syurga selain itu ialah ta'miyah di pasar belakang rumah aku tetapi tak kekal lama sebab makin merosot kualitinya.

Aku rasa untuk mendapat gelaran syurga sesuatu makanan itu perlu dimasak dengan ihklas dan rasa kasih sayang. Sebab setiap kali balik kampung, mbokdeh tahu kami nak makan nasi lemak dan dia juga tahu kami memberi  gelaran syurga untuk nasi lemaknya.

Sehingga kini aku tak jumpa lagi pengganti nasi lemak syurga. Harap-harap kalau aku masuk syurga boleh pesan nasi lemak syurga. Mungkin hanya nasi lemak syurga yang real boleh lawan rasa nasi lemak syurga (dunia).

*Alfatihah untuk arwah Mbokdeh Tin