Wednesday, June 20, 2012

Kasi Demokrasi 1

 Isyarat telah diberikan ,masing-masing mengangguk tanda bersedia. Berdebar-debar Husin orang pertama yang akan memulakan segala perancangan rapi bertahun-tahun mereka. Sebaik melafazkan bismillah dia lantas meluru ke dalam dewan dan menuju terus ke arah Speaker Dewan. Dia mengacukan pistol tepat ke kepala Speaker. Seluruh Dewan yang sedang hangat berdebat tentang nama yang patut diberikan kepada dua ekor panda yang dibeli kerajaan. Puak Kerajaan mencadangkan Sa dan Tu sempena kempen Semua Satu, puak pembangkang pula mencadangkan Ba dan Zir.

 Masing-masing berteriak dan tidak menghiraukan kehadiran Husin di situ. "Pum!" satu tembakan dilepaskan ke udara. Semua terkejut dan terdiam, Speaker menjerit memanggil pengawal-pengawal tetapi semua pengawal hanya berdiri di tempat masing-masing. Beberapa MP dilihat merangkak dan cuba keluar dewan tetapi gagal kerana semua pintu telah dikunci. Husin menolak Speaker hingga terjatuh dari kerusi, seraya mengambil alih tempat duduknya dan mencuba mikrofon "cubaan 1,2,3". "Siapa kamu? Apa yang kamu mahu?", PM cuba menjelaskan situasi. "Aku Husin, aku nak ubah negara ini". "Apa masalah encik? Kita boleh bincang",ujar PM. Ketua pembangkang(KP) mencelah "Lihat hasil pemerintahan kerajaan hingga rakyat terdesak sebegini" disambut dengan bunyi bising dari kedua-dua belah pihak. "Pum!" tembakan dilepaskan darah memancut-mancut dari telinga KP , semua MP tunduk ketakutan. "Aku tak nak dengar seiapa bercakap, kamu semua sama sahaja pentingkan diri!", tegas Husin. 

 "Hari ini masa depan kamu dan aku terletak di tangan rakyat. Jika majoriti bersetuju kamu mati, kamu mati, jika tak aku yang mati",kata Husin. Siaran langsung dibuat dan semua kejadian tersebut ditonton seluruh negara. Dia dan rakan -rakannya telah memasang letupan berkuasa tinggi di dalam bangunan parlimen dan kawasan sekitarnya setelah 4 tahun pelaksanaan yang berhati-hati. Undian dibuat melalui e-mel Semua Satu yang diwajibkan ke atas setiap rakyat. Seluruh negara riuh membincangkan apa yang patut dilakukan. 


 Keputusan yang tidak dijangka Husin berlaku apabila seluruh jalanraya dipenuhi rakyat, mereka tidak bersetuju dengan cara Husin mereka mahukan pertukaran kuasa melalui cara yang sah. Kurang daripada 0.5% yang mengundi, yang lain semuanya membantah. Beberapa MP yang mengikuti perkembangan tersebut di Twitter menjerit "Rakyat kita sukakan keamanan!". Husin dan rakan-rakannya kelihatan tenang. Lalu mereka keluar dari dewan secara tiba-tiba, semua MP terpaku dan berasa gembira. Mereka mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang masih sayangkan mereka melaui siaran langsung televisyen, KP yang cedera memeluk erat PM masing-masing terlalu gembira. Tiba-tiba MP Bandar 4 menjerit "Yang Berhormat pintu tak boleh dibuka".


  Selang beberapa saat letupan kuat menggegarkan ibu negara. Siaran langsung dari parlimen telah terputus. Rakyat yang berkumpul beberapa kilometer dari parlimen melihat asap tebal di langit. Semua rakyat tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku.  "Mulai hari ini akulah pemerintah negara", tulis Husin di akaun Twitternya.